Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Selasa, Jun 30, 2009

dah jaga..

aiikkk dah jaga pun tdo..masih kabur2 n penin2 yer..

mana mama n walid nie,xnampak pun.."mama,tlg...sayer nk turun.."


Pantun nasihat

PERGI MENDAKI GUNUNG DAIK
HENDAK MENJERAT KANCIL DAN RUSA
BERGOTONG ROYONG AMALAN YANG BAIK
ELOK DI AMALKAN SETIAP MASA
( bergotong royong "menebas" rumput di hadapan umh )

Isnin, Jun 29, 2009

ngantuknyer!!!

Klu nak di ikutkan hati nak je aku tdo tanpa memikirkan aper apa yg aku nak kene settlekan..tp nti akibatnyer aku lak yg kene fire..adoihh,nak xnak kener jg aku siapkan skrg wlupun jam dah menunjukkan jam 330am..Orang lain(tmasuk isteri n ank aku)dh nyenyak tdo,ntah mimpi spai ke mana dh(mama ,sok jgn luper yer citer mimpi ape malam tdi??)...aku lak tpaksa membeliakkan bijik mata ni demi menyiapkan tugasan yg perlu disiapkan segera..xpe,think positive,kuatkan smgt n bykkan bsabar..

Sabtu, Jun 27, 2009

Tawau lagi..

Kemarin p twu lagi..biasalah mggu pertama dpt gaji,lgpun niat di hati nak p mlawat kawan yg dah pun bergelar ibu n bapa..Tahniah Amir saifuddin n Fiza dgn klahiran cahaya mata pertama...TQvry much jg sbb jamu makan nasi tghari..susah2 saja makcik2(mak n makmentua Amir)masak kari kpla ikan n ulam-ulaman yg best tu..tima kasih juga tuk pakcik (ayah Amir) yang melayan kami dgn baik tanpa jemu...Insyaalah,nti klu2 pree,mai lah jalan kok Sporna ni plak yer!!..

Selain tu,biasalah p pasar kering n psr bsh,bli ikan n seafood segala benda yg djual tuk dbawa blk ke Sporna... n yg paling xsengaja skali ialah terbeli broadband lak d Eastren Plaza,Twu..(Syiokk la mama,dh ada broadband nie,blh online anytime anywhere..xpyh susah2 p cc lagi klu nak cari bhn wat assgment)..toi dak?? Walid pun sokong gak,sng ckit nak download bhn2 jqaf dr blog kwn2..
Mmg shari suntuk d sana rasa sat ja...sdr2 ari dh gelap..nak pi playground lg,mana lagi klu bkn kat Giant ..temp ni Zaara paling seronok bermain n jumpe teman2 baru...tgklah lah pics nie...









Keseronokn bermain dcni spai Zaara xmau blk...mama pun pujuklah..."jom lah Zaara..dh jam 9pm nie..perjalan kta masih jauh.."




Last2 mau jg Zaara beredar dr playground ni dgn berat hati n mata(mengantuk lah)..xper yer Zaara nti kta mai lg k...

Ikan Naga


HULU TERENGGANU: Ikan naga? Tidak ramai mengenalinya, namun ia menjadi bualan sejak kematian pekerja projek Taman Burung dan anggota bomba, baru-baru ini.“Apa yang digelar ikan naga di Tasik Kenyir sebenarnya ikan Arapaima Gigas. Mungkin orang menggelarnya ikan naga sebab saiznya besar dan kulitnya bersisik besar seperti naga.“Namun, ikan itu tak makan orang dan saya yakin dua kes kematian yang berlaku baru-baru ini tak ada kena mengena dengan ikan itu.”Demikian kata pengusaha rumah bot di Tasik Kenyir, Mohd Bidin Ibrahim, 45, mengenai dakwaan sesetengah pihak bahawa kematian pekerja projek Taman Burung, Helmi Shukri Hashim, 28, dan anggota bomba, Aladi Hassan, 41, berpunca daripada serangan ikan naga yang menghuni tasik itu.

Helmi mati lemas selepas didakwa terjatuh dari bot pada 14 Jun lalu ketika menghantar rakannya membuang air di sebuah pulau di tasik berkenaan.
Aladi yang melakukan misi mencari Helmi ditemui lemas sehari selepas kejadian di dasar tasik berkenaan dalam keadaan tersangkut pada ranting kayu balak.Mohd Bidin dari Kampung Langgar, di sini, yang 20 tahun mencari rezeki di tasik seluas 2,600 kilometer persegi itu berkata, kewujudan ikan bersaiz gergasi di dalam Tasik Kenyir bukan perkara aneh kerana dia pernah melihat seekor ikan sepanjang kira-kira tiga meter.“Saya pernah melalui pengalaman diekori seekor ikan gergasi yang saiznya sama besar dengan bot gentian kaca yang saya naik. Kejadian itu berlaku tahun lalu dan ia antara peristiwa yang tak akan saya lupakan,” katanya.Menurutnya, pengalaman berkenaan turut dialami beberapa rakan yang mencari rezeki di tasik dipenuhi pelbagai spesies ikan sungai seperti Toman, Kelah, Lampam, Sebarau, Baung dan Tapah itu.“Walaupun ramai nelayan tasik pernah terserempak atau dikejar ikan gergasi itu, sehingga kini belum ada yang mati disebabkannya,” katanya.Menjawab soalan bagaimana ikan Arapaima Gigas boleh turut menghuni Tasik Kenyir sedangkan hidupan itu sebelum ini dikatakan hanya mendiami Sungai Amazon di Brazil, Mohd Bidin mendakwa kejadian itu ada sejarahnya yang tersendiri.Menurutnya, ikan Arapaima Gigas itu dipercayai terlepas dari kolam yang dibina di sebuah chalet berhampiran Tasik Kenyir.“Ikan itu pada mulanya milik seorang lelaki Cina yang juga pengusaha chalet. Disebabkan ia cepat membesar, pengusaha terbabit melepaskan hidupan itu di dalam sangkar yang dibina berhampiran chalet di Sungai Petuang.“Malangnya sebanyak empat ekor ikan itu terlepas keluar, tapi seekor mati. Saya difahamkan, ikan ini boleh membawa tuah, ia hanya memakan anak ikan dan tidak menyerang dan mengancam manusia,” katanya.Mohd Bidin berkata, dalam kejadian terbaru 20 Jun lalu, seorang pekerja sebuah chalet di Sungai Tembat mendakwa ternampak kelibat ikan dipercayai Arapaima Gigas timbul di permukaan air.Mengesahkan lagi kewujudan ikan Arapaima Gigas di dakam Tasik Kenyir, Md Bidin membawa wartawan Metro Ahad berjumpa rakannya, Shamsuddin Abd Rahman, 45, yang dikatakan pernah menaikkan ikan gergasi berkenaan yang menyambar umpan pancingnya.Shamsuddin dari Kampung Tajin, di sini, berkata kejadian berlaku sembilan tahun lalu ketika dia bekerja sebagai buruh projek Lebuhraya Simpang Pulai dan tidak menyangka memperoleh ikan berkenaan secara tidak sengaja.“Beratnya ketika itu 35 kilogram, manakala panjangnya mencecah dua meter. Ketika itu saya tidak tahu jenis ikan berkenaan kerana tidak pernah melihatnya dan terkejut apabila rakan sekerja memberitahu ia ikan Naga.“Ikan itu memang cantik dan bentuknya tidak sama dengan ikan lain. Badannya berwarna warni, kepalanya seakan-akan kepala itik manakala ekornya merah.“Waktu itu saya tidak tahu ikan berkenaan harganya mahal dan menjual dagingnya yang agak liat kepada rakan pada harga antara RM10 hingga RM12 sekilogram, malah ramai bergambar dengannya ketika membawa pulang di Kuala Berang,” kata Shamsuddin.Menurutnya, selepas berita penemuan ikan berkenaan tersebar luas, dia didatangi seorang lelaki dari Singapura dan menawarkannya RM10,000 untuk membeli ikan berkenaan.“Saya tepuk dahi ketika itu kerana ikan berkenaan sudah mati dan dagingnya dijual kepada orang ramai. Saya juga tidak tergamak menjamahnya kerana bentuknya pelik seperti naga, sisiknya tebal dan hujungnya seperti muncung itik,” katanya.Shamsuddin berkata, selepas kejayaannya, ramai kaki pancing mencuba nasib untuk memperoleh ikan itu, namun sehingga kini tiada siapa berjaya menaikkannya.Dia berkata, jika sengaja mencari sama ada ingin melihat atau menangkap ikan berkenaan, ia sukar ditemui kerana ia sentiasa beralih sungai untuk mencari makanan.Shamsuddin berkata, selain ikan Naga, keadaan tasiknya yang luas menyebabkan pelbagai hidupan air lain turut dikaitkan dengan misteri itu, antaranya dakwaan wujudnya ikan Tapah gergasi di tasik berkenaan.Penemuan ikan Tapah gergasi diakui Rosli Sulong, 34, yang pernah bekerja sebagai pemandu rumah bot sejak awal pembukaan tasik itu.Sama seperti pengalaman dilalui Mohd Bidin, bot dinaikinya diekori seekor Tapah sebesar bot gentian kaca dan ikan itu berpatah balik apabila enjin botnya dimatikan.Katanya, kejadian berlaku di Sungai Lasir dan mendakwa ikan berkenaan ada di tepian sungai kerana mencari ikan bersaiz kecil dan anak monyet.Dia berkata, selain mengalami peristiwa itu, beberapa rakannya turut menceritakan kejadian sama tetapi di sungai berlainan.“Ikan ini tidak mengganggu manusia, ia mungkin tertarik dengan buih hasil putaran kipas bot dan mengekorinya. Namun saya percaya ikan ini memang besar kerana saya pernah melihat kelibatnya,” katanya.

Khamis, Jun 25, 2009

walid@mama@zaara

Walid with Zaara..kat umh org kahwin,masyamm je..lama sgt nk blh mjamu selera..(actually kami yg pegi awal,majlis jam 11.30..tp pegi jam 10.30..hehe)


Roll..camera..action!!!mama tgk aper tu????

Mama memujuk Zaara yang dh mula nak wat perangai...tgk tu,xsmile lgsung..


Rambut gaya aper niy???

TQ VRY MUCH TO PAKCIK HAMEEM & FAMILY ATS UNDANGAN WALIMATULURUS..SEMOGA PAKCIK HAMEEM SEKELUARGA DI PANJANGKAN UMO N DMURAHKAN REZKI..

Petua Sihat

MEMERAHKAN KULIT MUKA
Sekiranya anda ingin kelihatan sentiasa berseri-seri dan kemerah-merahan di seluruh muka anda,-setiap pagi mencuci muka dengan daun teh yang telah di rendam.-Sapukan daun teh perlahan-lahan ke muka dan biarkan seketika. -Kemudian basuh dengan air bersih tanpa menggunakan sabun. Insyallah muka anda akan kelihatan berseri-seri.
MATA BERSINAR
Sekiranya mata anda tidak bersinar seperti orang mengantuk, cubalah petua ini. -Basahkan kapas ke dalam air teh pekat sejuk, -kemudian pejamkan mata anda dan letakkan kapas tersebut di mata beberapa ketika. -Amalkan beberapa kali dalam seminggu nescaya mata anda akan sentiasa segar dan bersinar.
CAGU (MAKAN CEKAM)
Makan cekam atau cagu yg selalunya terjadi kat kuku kaki atau tangan -ambil inai dan tumbuk bersama air (seeloknya inai mekah) -inai tersebut letakkan di kuku yg makan cekam @ cagu tersebut -insyaallah…. jika selalu diamalkan makan cekam @ cagu tersebut akan kering dan beransur hilang dan tidak akan berasa sakit lagi
MASALAH BAU BADAN
1. Sebelum anda memulakan kerja, ambil sebiji limau dan belah dua. Kemudian sapu pada ketiak dan jika diamalkan selalu ketiak tidak berbau lagi.
2. Badan berbau amat memalukan. Cara mengatasinya, ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan direndam sehingga kembang. Kemudian minum airnya tiga hari berturut-turut.
3. Ketiak hitam dan berbau amat memalukan. Cuba cara ini, campur sedikit kapur sirih bersama perahan limaunipis. Sapukan pada ketiak, setelah anda selesai mandi. Amalkan selalu dan ketiak anda akan cerah dan tidak berbau lagi.
4. Bulu ketiak boleh dihilangkan dengan cara ini. Ambil 20 biji jintan putih dan sedikit kapur barus, gaul rata bersama dengan air perahan limau purut. Sapukan pada ketiak setelah bercukur, setelah disapu beberapa kali ianya akan berhasil.

Selasa, Jun 23, 2009

Petua Ibu Hamil

1. Ibu yang sedang hamil biasanya akan mengalami masalah bengkak kaki. Ada petua
yang boleh diamalkan untuk mengubatinya. Ambil sedikit jadam dan dicampur dengan
sedikit air masak. Apabila sudah hancur dan pekat sapukan pada kaki dan betis selepas
selawat tiga kali. Seelok-eloknya sapu sewaktu hendak tidur. Amalkan dan anda akan
mendapat manfaatnya.


2. Untuk memudahkan anda sewaktu hendak bersalin, cuba petua ini. Setiap kali mandi
dan membasuh rambut, hisaplah air yang mengalir dari hujung rambut anda sambil
berselawat dan berdoa. Seeloknya diamalkan ketika hamil.


3. Bayi biasanya akan mengalami masalah ruam lampin. Untuk menghilangkannya
bancuh secamca teh garam dengan air suam dan sapu pada ruam. Insya-Allah
ruam beransur hilang.


4. Daki pada kepala bayi amat sukar dihilangkan . Untuk menghilangkannya, anda boleh
menggosok perlahan-lahan kepala bayi dengan hampas kelapa. Biarkan seketika agar
daki tadi kembang, kemudian bolehlah digosok daki itu. Selain hampas kelapa, minyak
bayi juga boleh digunakan. Amalkan dan hasilnya pasti memuaskan.


5. Jika bayi anda demam dan suhu badannya tinggi amalkan petua ini. Gunakan tiga jari
anda ( ibu jari, jari telunjuk dan jari hantu ). Baca selawat tiga kali, genggam dan lepaskan
beras dengan tiga jari tadi kedalam secawan air masak. Makan beras yang masih melekat
pada jari itu. Gunakan air yang bercampur beras tadi untuk disapu pada badan bayi dan
diberi minum kepada bayi. Suhu badan bayi akan berkurangan dan ulangi jika perlu.

BMI

Cara mengira keseimbangan berat dengan tinggi



Indeks Jisim Tubuh : Berat tubuh badan bahagi Ketinggian kali Ketinggian



Contoh : Jika berat badan anda 55 kg dan ketinggian anda 1.56 m

Mual-mula kalikan 1.56 dengan 1.56 bersamaan 2.4336

Kemudian bahagikan 55 dengan 2.4336 untuk mendapatkan

BMI anda,yang mana jawapannya ialah 22.6



Sekiranya BMI anda :

* Kurang daripada 20, berat badan anda adalah berkurangan

* 20 hingga 24.9,anda terdiri dari berat badan yang normal

* 25 hingga 29.9,berat badan anda mulai berlebihan

* 30 dan keatas,anda adalah obese



Tiada bukti soya@susu kacang sesuai utk pembesaran bayi..

SURAT ini ditulis atas kebimbangan terhadap berleluasanya aktiviti pengiklanan mengenai kebaikan susu formula bayi berasaskan kacang soya di media massa.

Kami sebagai pakar perubatan kanak-kanak, ingin menerangkan dengan terperinci mengenai kesan atau keadaan di mana penggunaan susu soya boleh disyorkan berdasarkan kepada maklumat saintifik terkini.

Susu ibu adalah pilihan terbaik untuk bayi yang sedang membesar. Sekiranya, penyusuan susu ibu tidak dapat diteruskan atas sebab tertentu, susu formula bayi berasaskan protein lembu adalah pilihan alternatif yang disyorkan. Protein soya adalah berasal dari sumber tumbuhan.



Secara amnya, kualiti protein dari sumber tumbuhan adalah lebih rendah berbanding kualiti protein dari sumber susu manusia atau dari sumber susu lembu.

Ia disebabkan kekurangan sesetengah jenis asid amino yang amat diperlukan untuk pertumbuhan fizikal yang sihat.

Tambahan pula, susu soya mengandungi kandungan aluminium dan "phyto-oestrogens" berlebihan yang kesan jangka panjangnya terhadap tubuh badan manusia masih belum diketahui dengan terperinci buat masa ini.

Banyak badan profesional seperti Akademi Pediatrik Amerika, Persatuan Gastroenterologi dan Nutrisi Pediatrik Eropah serta Persatuan Perubatan Australia tidak mengesyorkan penggunaan susu berasaskan protein soya kepada bayi pramatang dan bayi berusia kurang dari enam bulan.

Penggunaan susu soya hanyalah terhad kepada kanak-kanak yang menghidapi penyakit 'Galactosaemia' iaitu sejenis penyakit metabolik yang jarang berlaku dan kanak-kanak yang menghadapi masalah 'Isolated Lactose-intolerance' iaitu ketidakbolehan menghadamkan gula laktosa yang terkandung di dalam susu lembu dan manusia.

Kami juga turut melihat trend penggunaan susu soya sebagai susu gantian ketika berlaku cirit-birit. Susu soya dipercayai boleh memendekkan tempoh jangka masa cirit-birit. Ingin ditegaskan bahawa setakat ini, tiada bukti saintifik menyokong kenyataan di atas.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyarankan kepentingan strategi memastikan pengambilan cecair dan elektrolit yang mencukupi ketika cirit-birit.

Penggunaan susu berasaskan protein soya hanya terhad untuk jangka masa pendek kepada kanak-kanak yang disahkan mempunyai masalah menghadamkan gula laktosa disebabkan cirit-birit (secondary lactose intolerance) dan tidak perlu disambung penggunaannya untuk tempoh jangka masa panjang.

Susu berasaskan protein soya juga sering disyorkan kepada bayi yang mempunyai masalah radang perut atau kolik oleh ramai pengamal perubatan. Realitinya, tiada bukti saintifik menyokong amalan berkenaan.

Tambahan pula, masalah kolik di kalangan bayi tidak memerlukan sebarang rawatan spesifik kerana masalah ini tidak berbahaya dan akan pulih dengan sendirinya.

Penggunaannya di dalam rawatan asma adalah satu lagi keadaan di mana susu berasaskan protein soya digunakan tanpa indikasi tepat. Sekali lagi, tiada bukti saintifik yang menyokong amalan ini.

Peranan susu berasaskan protein soya di dalam rawatan masalah alahan kepada protein lembu tidak dapat dinafikan, tetapi ingin ditegaskan di sini bahawa masalah alahan protein lembu jarang berlaku dan sekiranya berlaku, penggunaan susu berasaskan protein soya hanya terhad untuk bayi berusia 6 bulan ke atas yang disahkan oleh pakar perubatan bahawa bayi mempunyai masalah ini.

Kami berharap penerangan yang diberikan dapat meningkatkan pemahaman masyarakat mengenai peranan susu berasaskan protein soya. Ia adalah satu sumber nutrisi alternatif, tetapi penggunaannya terhad kepada keadaan tertentu saja.

Akademi Perubatan M'sia


eLaporan oh eLaporan..

Sejak 2-3 malam ni asyik tdo lewat je,sbbnyer kene siapkan eLaporan.Guru2@rakan2 jQAF mesti dh maklum mngenai perkara ni kan???So saya ni pun bertungkus lumuslah menyiapkn elaporan niee..kpd mama(isteriku-guru j-QAF gk),cmner eLaporan sk Labuan Haji..dh besres ker belum??walid tgk mama khusyuk jer mngadap laptop tu??hehe..
Harini dtg sek,blh tahn rasa mengantuknyer...cuma aku xlayan sgt,trs jgj bgerak aktif pegi ronda dr kelas ke kelas supaya keadaan murid2 terkawal masa ketiadaan guru...maklumlah,skrg nie musim bersalin(4org guru perempuan sdg cuti bersalin)alamatnya,terbnyk sgtlah kelas yang tiada guru...so sblum apa2 perkara buruk tjadi(bgaduh..btumbuk..kepala berdarah mmg dh biasa dgn bdk2 nie)aku pun jalankan lah tugas aku supaya smuanyer selamat..Alamk,esk dh kene antar elaporan!!!tapi aku xsiap lagi nih...ok choww dlu..

Isnin, Jun 22, 2009

de'TABLE,Tawau Sabah









Aritu ade member aku tpon bagitau nak mai tawau,namanya Hamad...tkejut gak,apasal tetiba jer dia nak mai tawau lak...ooo upanyer kene abserve student(lupa lak yang die ni lecturer yg sporting)ok lah tu.blh ler kta jumpa n jejalan bandar twu..kebetulan aku n family pun xturun twu lagi bln ney..

Apalagi kami pun bersiap ler awal2 n trs btolak dr semporna yang mngambil masa lbhkurang sejam.."Zaara tdo yer dlu yer,nti kta spai twu bru bgn k",..begitulah kata2 isteriku kat zaara lam keta ondaway nk ke Twu..klu dia xtdo susah gak,segala butang kat dashboard keta smuanyer nak tekan..."Aaaa blh tlg duduk diam2 x",kataku..."ok bos",jawabnyer.

Spai d twu kami trs p ke Belmont Marco Polo,temp memb tu menginap..wahh Hamad,koi berisi hang noo...

Kta nak p mana nie??Apa kata kita p air terjun area twu nie??Cadang Hamad...ader ker?macm ner aku xtau pun ada air terjun kat twu nie..
ok gak.aku pun teringin gak nak p bkelah kat tmpat cmtu...
Spai jer kat TABLE tu...wahhh mmg menarik n mcm best..macm manalah aku xtau ader tmpat yang best tuk berehat cmnie..isteriku pun mengiakan tanda setuju dgn fikiranku...
Zaara lak xsbr nak masuk kat tmpat air terjun tu...Zaara nak mandi ker???"Zaara kecik lg ler,tggu besar skit nti blh ler cek turun mand air terjun ngan mama yer"...ok mama,jawab Zaara

Tdo awal...





Balik je dr sek,nampak zaara dh tunggu dpn pintu..dgn gelagat yg hepi n meloncat(dgn harapan blh walid bw p jejalan) area taman seperti kebiasannya pada waktu ptg...tp arini walid blik sek lewat..so kejap je,rasa mcm ari dh gelap...esk jelah ye zaara yer kta nek moto...mama bgtau,zaara xtdo langsung ptg nie...aikk xnagntuk ke anak aku niee..biasanyer dia tdo jgk.pagi sekali n ptg seekali..mesti mlm nie dia tdo awal..(actually ok gk blh ler mama n walid wat keje sek ker hehehe33x)..

Ahad, Jun 21, 2009

Kat sk..

Pantang ada masa tluang sket,aku pun terus ke makmal komp...biasalah,nak mlepaskan apa yang ada lam kepala otak ni..tp xda byk masa nie,lg 1/2jam ada kelas lg..sempat ler nak solat n tenangkan fikiran..oh ya,tadi mama (panggilan utk isteriku)ada kasik bekal..nasi goreng tlo dadar spesel...tq mama,sempat jgk msk tlo dadar wlupun bru je blk dr sk..nti rehat abang makan yer!!

FIRST TIME..


Arini first time wat catatan kat cni..kbetulan masa pree.. (wlupun cbuk nak kene wat elaporan)..sbnarnya bru blaja bab blog2 ni..so byklah kekurangannya..xpe lah kan mula dr bawah..mcm baby cute kt sebelah ni jgk,smuanya mula dr awal..hehehe..