Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Khamis, Jun 25, 2009

Petua Sihat

MEMERAHKAN KULIT MUKA
Sekiranya anda ingin kelihatan sentiasa berseri-seri dan kemerah-merahan di seluruh muka anda,-setiap pagi mencuci muka dengan daun teh yang telah di rendam.-Sapukan daun teh perlahan-lahan ke muka dan biarkan seketika. -Kemudian basuh dengan air bersih tanpa menggunakan sabun. Insyallah muka anda akan kelihatan berseri-seri.
MATA BERSINAR
Sekiranya mata anda tidak bersinar seperti orang mengantuk, cubalah petua ini. -Basahkan kapas ke dalam air teh pekat sejuk, -kemudian pejamkan mata anda dan letakkan kapas tersebut di mata beberapa ketika. -Amalkan beberapa kali dalam seminggu nescaya mata anda akan sentiasa segar dan bersinar.
CAGU (MAKAN CEKAM)
Makan cekam atau cagu yg selalunya terjadi kat kuku kaki atau tangan -ambil inai dan tumbuk bersama air (seeloknya inai mekah) -inai tersebut letakkan di kuku yg makan cekam @ cagu tersebut -insyaallah…. jika selalu diamalkan makan cekam @ cagu tersebut akan kering dan beransur hilang dan tidak akan berasa sakit lagi
MASALAH BAU BADAN
1. Sebelum anda memulakan kerja, ambil sebiji limau dan belah dua. Kemudian sapu pada ketiak dan jika diamalkan selalu ketiak tidak berbau lagi.
2. Badan berbau amat memalukan. Cara mengatasinya, ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan direndam sehingga kembang. Kemudian minum airnya tiga hari berturut-turut.
3. Ketiak hitam dan berbau amat memalukan. Cuba cara ini, campur sedikit kapur sirih bersama perahan limaunipis. Sapukan pada ketiak, setelah anda selesai mandi. Amalkan selalu dan ketiak anda akan cerah dan tidak berbau lagi.
4. Bulu ketiak boleh dihilangkan dengan cara ini. Ambil 20 biji jintan putih dan sedikit kapur barus, gaul rata bersama dengan air perahan limau purut. Sapukan pada ketiak setelah bercukur, setelah disapu beberapa kali ianya akan berhasil.

0 ulasan: