Teruja dgn tajuk berita yg blh dikatakan menyayat hati jgk ler..kebetulan blaku di AS(alor setar aaa..bukan amerika syarikat),mcm2 yg bmain difikiran...kesal spai begitu skali murid-murid skrg berani bertindak...bimbang jgk,minta simpang la drpd blaku kat sk sendiri...ikuti berita ini...
Rakan buka seluar mangsa, cedera buah zakar dengan pisau lipat
ALOR SETAR: Seorang murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan Iskandar di sini, cedera pada kemaluannya akibat ditoreh dengan pisau lipat oleh rakan sekelas kerana mangsa enggan menyerahkan wang 50 sen yang dimintanya, kelmarin. Kejadian jam 1 tengah hari itu menyebabkan buah zakar Muhammad Amir Amri, 7, luka sepanjang tiga sentimeter. Muhammad Amir berkata, sebelum kejadian itu dia ditumbuk beberapa kali di muka dan kemudian seluarnya ditanggalkan serta buah zakarnya ditoreh oleh rakan sekelas semata-mata kerana mahu mengambil duit syiling 50 sen dari dalam poketnya. Ketika kejadian dia berada di dalam bilik darjah kerana mahu mengambil kotak pensilnya yang tertinggal. "Sebelum itu di kantin sekolah dia meminta wang tetapi saya enggan menyerahkannya dan terus masuk ke bilik darjah ."Dia tidak berpuas hati dan mengikut saya ke bilik darjah sebelum bertindak demikian. "Saya tidak mampu melawan dan hanya mampu menahan sakit ketika darah keluar dengan banyak hingga membasahi seluar saya sementara menunggu bapa mengambil saya pulang dari sekolah," katanya ketika di temui di sini, semalam.
Selasa, Ogos 11, 2009
Murid enggan serah 50 sen ditoreh kemaluan
Dicatat oleh mashark di 11:22:00 PTG 0 ulasan
Label: Berita
Khamis, Julai 16, 2009
KISAH PALA'U
Mereka menyara hidup dgn menangkap ikan& sering bpindah-randah bgantung kpd tempat mereka mjual hasil laut. Selain tdk mpunyai dokumen pengenalan diri dan dianggap sbg `orang tidak ada negara,' kbnykan mereka tdk fasih berbahasa Melayu. Msyrkat yg mgunakan bahasa Bajau itu tidak gemar memakan nasi, sebaliknya lbh gemar memakan ubi kayu yg digoreng atau ditumbuk, masing2 dikenali sbg 'tompek' dan 'putu.'
Dicatat oleh mashark di 8:29:00 PTG 0 ulasan
Label: Berita
Jumaat, Julai 10, 2009
PEACE BY BABY..
LONDON - Caroline Barnes yang bakal menjadi ibu terkejut apabila mendapati anak dalam kandungannya membuat isyarat keamanan atau V ketika dia membuat imbasan di sebuah hospital, lapor sebuah akhbar semalam.
Ibu yang berumur 35 tahun dari Dulwich, tenggara London itu berkata: "Seorang jururawat tidak dapat menahan ketawa. Bayi itu memberi isyarat V sepanjang tempoh imbasan itu dibuat."
Dicatat oleh mashark di 7:17:00 PG 0 ulasan
Label: Berita
Selasa, Julai 07, 2009
"LELAKI PALING KERDIL"
DENGAN ketinggian kira-kira 61 sentimeter, Khagendra Thapa Magar hanya perlu menunggu empat bulan lagi untuk diisytiharkan sebagai lelaki paling kerdil di dunia.Tidak sabar-sabar menanti hari ulang tahun kelahirannya yang ke-18 Oktober depan, Khagendra dan keluarganya sudah menjalin hubungan dengan Guinness untuk mengambil alih secara rasmi gelaran itu daripada He Ping Ping dari China yang setinggi 74 sentimeter
Dicatat oleh mashark di 7:35:00 PG 0 ulasan
Label: Berita
Sabtu, Jun 27, 2009
Ikan Naga

HULU TERENGGANU: Ikan naga? Tidak ramai mengenalinya, namun ia menjadi bualan sejak kematian pekerja projek Taman Burung dan anggota bomba, baru-baru ini.“Apa yang digelar ikan naga di Tasik Kenyir sebenarnya ikan Arapaima Gigas. Mungkin orang menggelarnya ikan naga sebab saiznya besar dan kulitnya bersisik besar seperti naga.“Namun, ikan itu tak makan orang dan saya yakin dua kes kematian yang berlaku baru-baru ini tak ada kena mengena dengan ikan itu.”Demikian kata pengusaha rumah bot di Tasik Kenyir, Mohd Bidin Ibrahim, 45, mengenai dakwaan sesetengah pihak bahawa kematian pekerja projek Taman Burung, Helmi Shukri Hashim, 28, dan anggota bomba, Aladi Hassan, 41, berpunca daripada serangan ikan naga yang menghuni tasik itu.
Helmi mati lemas selepas didakwa terjatuh dari bot pada 14 Jun lalu ketika menghantar rakannya membuang air di sebuah pulau di tasik berkenaan.
Dicatat oleh mashark di 9:31:00 PTG 0 ulasan
Label: Berita











