Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Selasa, Jun 23, 2009

Petua Ibu Hamil

1. Ibu yang sedang hamil biasanya akan mengalami masalah bengkak kaki. Ada petua
yang boleh diamalkan untuk mengubatinya. Ambil sedikit jadam dan dicampur dengan
sedikit air masak. Apabila sudah hancur dan pekat sapukan pada kaki dan betis selepas
selawat tiga kali. Seelok-eloknya sapu sewaktu hendak tidur. Amalkan dan anda akan
mendapat manfaatnya.


2. Untuk memudahkan anda sewaktu hendak bersalin, cuba petua ini. Setiap kali mandi
dan membasuh rambut, hisaplah air yang mengalir dari hujung rambut anda sambil
berselawat dan berdoa. Seeloknya diamalkan ketika hamil.


3. Bayi biasanya akan mengalami masalah ruam lampin. Untuk menghilangkannya
bancuh secamca teh garam dengan air suam dan sapu pada ruam. Insya-Allah
ruam beransur hilang.


4. Daki pada kepala bayi amat sukar dihilangkan . Untuk menghilangkannya, anda boleh
menggosok perlahan-lahan kepala bayi dengan hampas kelapa. Biarkan seketika agar
daki tadi kembang, kemudian bolehlah digosok daki itu. Selain hampas kelapa, minyak
bayi juga boleh digunakan. Amalkan dan hasilnya pasti memuaskan.


5. Jika bayi anda demam dan suhu badannya tinggi amalkan petua ini. Gunakan tiga jari
anda ( ibu jari, jari telunjuk dan jari hantu ). Baca selawat tiga kali, genggam dan lepaskan
beras dengan tiga jari tadi kedalam secawan air masak. Makan beras yang masih melekat
pada jari itu. Gunakan air yang bercampur beras tadi untuk disapu pada badan bayi dan
diberi minum kepada bayi. Suhu badan bayi akan berkurangan dan ulangi jika perlu.

0 ulasan: