Kejayaan pengurusan rumah tangga bergantung disiplin, peribadi ketua keluarga
DUNIA tanpa sempadan menuntut komitmen yang luar biasa terhadap kehidupan. Jika dulu, tugas ibu cukup dengan mengawasi anak di depan mata, tahu di mana tidurnya, bagaimana makannya, elokkah pakaiannya dan siapa temannya. Tetapi hari ini, ada satu dunia lain yang dihuni oleh anak tanpa disedari si ibu. Inilah dikatakan 'alam maya', sekecil-kecil anak pun tahu merentasinya tanpa berbekalkan wang sesen pun, cukup dengan jari jemari yang tahu menari. Sama ada alam maya menjadikan anak orang yang lebih berilmu atau sebaliknya bergantung kepada kesediaan si ibu mencari ilmu menghadapi tanggungjawab memimpin rumah tangga dalam dunia serba mencabar kini.
Semua ibu pasti merasakan tanggungjawab membesarkan anak jauh lebih sukar daripada men- cari rezeki, makan dan pakai buat mereka. Apatah lagi seorang ibu yang turut berkerja dan dalam masa yang sama membimbing cahaya mata yang dianugerahkan Ilahi.
Sudah pastilah masa yang diperuntukkan berganda banyaknya, tenaga diperah tidak terhingga, tetapi semuanya kerana tanggungjawab yang perlu dilaksana, jadi ibu yang mulia tidak akan terasa penat dan lelahnya apabila melihat anak-anak semuanya berjaya. Setiap ibu sedar dan mengerti suruhan agama, tahu tanggungjawab sedang dipikul dan kesan buruknya jika ia tidak ditunaikan untuk memastikan amanah Allah yang lahir dari rahimnya memulakan kehidupan di dunia dengan baik dan berakhir dengan baik.
Sudah pastilah masa yang diperuntukkan berganda banyaknya, tenaga diperah tidak terhingga, tetapi semuanya kerana tanggungjawab yang perlu dilaksana, jadi ibu yang mulia tidak akan terasa penat dan lelahnya apabila melihat anak-anak semuanya berjaya. Setiap ibu sedar dan mengerti suruhan agama, tahu tanggungjawab sedang dipikul dan kesan buruknya jika ia tidak ditunaikan untuk memastikan amanah Allah yang lahir dari rahimnya memulakan kehidupan di dunia dengan baik dan berakhir dengan baik.
Jika seorang ayah adalah pemimpin bagi sebuah keluarga, ibu pula pemimpin kepada rumah tangga. Rumah tangga adalah satu naungan yang di dalamnya ada satu ikatan antara dua hati berkasih sayang kerana Allah, menjadi tempat perlindungan, musyawarah, saling mengasihani dan berbudi. Jika ayah menjadi ketua yang wajib dihormati, dipatuhi dan mengetuai segala urusan membabitkan ahli rumah tangga, si ibu pula memimpin sistem di dalamnya untuk memastikan ahli taat dan setia kepada pemimpin keluarga. Tidak semudah berjanji, memimpin rumah tangga memerlukan daya tahan yang tinggi, teguh berdiri di belakang ketua keluarga yang bertanggungjawab atas segala tindak tanduk ahlinya.
Menyelak sedikit kisah akhlak sahabat Rasulullah SAW seperti Zubair bin Awwam yang diasuh ibunya Shafiyah binti Abdul Muthalib dengan akhlak mulia dan sifat dermawan tinggi, dapatlah diketahui hasil diperoleh seorang ibu yang tidak jemu membimbing anaknya dengan akhlak Islami. Ali bin Abi Talib mewarisi keluhuran akhlak ibunya Fatimah binti Asad yang sentiasa berhikmah dalam tindak tanduknya. Abdullah bin Jaafar lahir sebagai seorang yang sangat dermawan hasil daripada tarbiah ibunya Asma' binti Umais, yang juga tokoh wanita Islam sangat luhur akhlaknya, sama ada semasa berdepan dengan musuh atau sahabatnya. Muawiyah bin Abi Sufyan pula dibimbing menjadi seorang bijak dan mempunyai peribadi baik seperti ibunya, Hindun binti Utbah, tidak seperti ayahnya.
Setiap ibu yang berjaya menjadikan anak mereka orang salih dan baik budi pekerti sudah tentulah bermula dengan cara dibentuk mengikut acuan agama. Ia seawal mendedahkan anak dengan kisah nabi dan sahabat Baginda SAW yang tidak terkira banyaknya. Moral kisah benar yang membuktikan keunggulan Islam, teladan akhlak dan ukhuwah akan menjadi pegangan anak yang dibentuk dengan didikan seorang ibu ikhlas, menjadikan anak itu bijak menilai baik serta buruk tanpa mampu dipengaruhi sesiapa. Ibu tidak perlu takut merotan anak yang melakukan kesalahan, ia patut bermula seawal usia mereka 10 tahun, apabila lalai mengerjakan solat.
Nabi tidak meminta anak dipukul sebelum usianya 10 tahun, walaupun mereka melanggar perintah Allah tetapi mereka perlu sentiasa dinasihat dan dibimbing supaya proses pembentukan akhlak yang mulia dengan Allah serta manusia lainnya dapat dilakukan dengan sempurna dan konsisten. Ibu yang tidak merotan anaknya kerana meninggalkan solat selepas usianya 10 tahun bakal mendepani anak tidak boleh ditegur jika melakukan kesalahan, tidak taat perintah Tuhan serta keliru antara suruhan dan larangan dalam agama.
0 ulasan:
Catat Ulasan