
Dia dipercayai menjadi kanak-kanak paling gemuk di dunia dan menggunakan kasut bersaiz lapan yang menyamai saiz dewasa.
Khatokhov yang turut dikenali sebagai Jambik sangat meminati sukan sumo malah bercita-cita mahu mewakili Rusia untuk memenangi pingat emas di Olimpik.
Namun, seorang doktor Britain, Ian Campbell menyatakan bahawa kesihatan kanak-kanak tersebut berada dalam keadaan yang membimbangkan kerana dia mungkin menghidap penyakit kencing manis dan jantung.
Ibu kanak-kanak itu, Nelya, 42, yang merupakan seorang jururawat dengan gaji £150 (RM878) sebulan berkata: "Dia membesar dengan saiz badan yang besar dan ukuran yang tinggi. Apa yang boleh saya lakukan? Itulah dirinya dan Tuhan telah menjadikannya."
0 ulasan:
Catat Ulasan