Bahan-bahan ( 8 orang bleh mkn kot! )
>1 kilo Ikan Kembung (agak-agak dlm 10 ekor saiz sederhana kecil)
>6 keping Asam Gelugor (kalau suka masam letak lebih sikit)
>1 Pkt Mee Laksa Kering (Direndam)
>3 Btg Bunga Kantan (dibelah 4)
>1 Ikat Daun Kesom (agak-agak jelah..kalau lebih pun sedap)
>Garam secukup rasa
Bahan kisar:
>4 biji bawang besar
>4 Biji Bawang Merah
>15 tangkai cili kering (direndam seketika)
>6 biji cili padi (yang merah-merah sikit)
>4cm Belacan (kalau dapat belacan Kuala Kedah @ Kuala Perlis lg sedap)
Bahan Ulam:
>3 Biji Timun (dihiris nipis memanjang)
>3 Biji Bawang Besar (Dihiris Nipis)
>1 ikat Daun Selom@Ulam Raja (Dihiris Nipis)(kalau takde 2-2 ni, daun salad pun boleh..)
>5 Biji Telur (direbus)(dibelah 2)
>3 Biji Limau Nipis@Kasturi (dibelah 2)
>5 Biji Cili Padi@Cili Merah (dipotong kecil)
Cara-cara
>Rebus@kukus mee laksa yang direndam tadi. Toskan dan diketepikan.
>Ikan dibersihkan dan direbus bersama 3 keping asam gelugor sehingga ikan masak.
>Kemudian asingkan isi dan tulang. Tapis air rebusan ikan tadi dan dicampur bersama isi ikan dan dikisar.
>Sediakan periuk besar dan masukkan bahan kisar bersama isi ikan tadi. Rebus sehingga mendidih.Tambahkan air (kalau terlalu pekat)
>Masukkan bunga kantan dan daun kesom biarkan merebus sehingga naik aromanya..
>Masukkan garam secukup rasa.
>Apabila semuanya sebati, bolehlah dihidangkan.
8. Cara menghidang: (utk seorang mkn) Masukkan sedikit Mee Laksa ke dalam 1 mangkuk dan taburkan bahan-bahan ulam Selepas itu tuangkan kuah diatasnya. Perahkan asam limau dan sedia dimakan…yum..yum..