1. Sayur kekal segar
Cuci sayur dengan air dan masukkan dalam beg plastik.Simpandalam peti sejuk.Sayur tahan lebih semingu.
2. Ikan tetap segar
Siang ikan dan buangkan isi perut dan insang.Tak perlu dicuci.Bungkus dalam kertas suratkhabar lama dan masuk plastik. Simpan peti dinginbeku.
3. Hilangkan hanyir ikan
Setelah disiang, rendamkan ikan dalam air dicampur limau nipisatau limau kasturi selama 30 minit. Bau hanyir akan hilang.
4. Ikan atau ayam tak lekat di kuali.
Untuk mengelakkan ikan atau ayam melekat di kuali,minyak hendaklah memenuhi ikan atau ayam.Minyak itu hendaklah dipanaskanterlebih dahulu sebelum masukkan ikan atau ayam. Renjis sedikit air, jikahilang bunyi berdesir, boleh masukkan ikan.
5. Khasiat air beras
Apabila membasuh beras jangan dibuang airnya kerana boleh membasuh ikan. Kemudian siramkan ke atas pokok bunga. Pokok akan tumbuh subur.
Pengumuman
-
Maaf Chef Noraini sudah tidak aktif di Blogspot. Aktiviti Chef Noraini
boleh diikuti di
FACEBOOK : https://www.facebook.com/noraini.zakaria.10/
INSTAG...
3 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan