Guru edar dadah idam hidup mewah
Oleh Mohamed Farid Noh
mfarid@bharian.com.my
BATU PAHAT: Seorang guru sains di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Rengit, di sini, ditahan polis, Rabu lalu selepas dipercayai mengedar dadah secara sambilan kerana mahu menjalani kehidupan mewah dan bergaya.
Guru lelaki berusia 31 tahun itu baru berjinak-jinak dalam pengedaran dadah kira-kira dua bulan lalu dan menggunakan kereta Proton Savvy miliknya untuk menghantar sendiri bekalan apabila menerima tempahan.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd Aris, berkata kegiatan guru lelaki itu akhirnya dihidu polis apabila dia ditahan kira-kira jam 10 malam dalam satu sekatan jalan raya di sekitar daerah ini, Rabu lalu.
Beliau berkata, pihaknya menerima maklumat seorang guru menjadikan keretanya sebagai tempat
menyimpan dan membawa bekalan dadah kepada pelanggan.
Katanya, dalam sekatan jalan raya itu, kenderaan guru terbabit ditahan polis dan hasil pemeriksaan yang dilakukan polis menemui satu paket dadah dipercayai jenis heroin seberat 16.6 gram di dalam keretanya.
"Pemeriksaan ke atas lelaki itu mendapati dia tidak mempunyai sebarang rekod jenayah. Namun, dia mengaku menjual dadah dengan alasan mahu menambah pendapatan. Hasil siasatan juga mendapati guru berkenaan masih bujang dan sudah mengajar di SJKC itu sejak sembilan tahun lalu," katanya di sini, semalam.
Ibrahim berkata, lelaki terbabit kini ditahan reman mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, empat lelaki ditahan di sebuah rumah di Kampung Solok Wan Moh, di sini, pada jam 1.40 pagi kelmarin, selepas disyaki terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah.
"Hasil maklumat orang ramai, polis membuat serbuan di rumah itu dan menahan empat lelaki berusia antara 24 dan 33 tahun.
"Pemeriksaan di dalam rumah itu membawa kepada penemuan dua paket dadah dipercayai heroin seberat 528 gram bernilai kira-kira RM14,000. Semua lelaki itu kini ditahan reman bagi membantu siasatan yang dilakukan mengikut Seksyen 39B ADB 1952," katanya.
Berita Harian Online: 20 Februari 2010
Sabtu, Februari 20, 2010
GURU EDAR DADAH????
Dicatat oleh mashark di 8:35:00 PG 0 ulasan
Ahad, Februari 14, 2010
Selasa, Disember 29, 2009
Ahad, Disember 27, 2009
Selasa, Disember 15, 2009
CROCODILE FARM,TUARAN
Dicatat oleh mashark di 11:48:00 PTG 0 ulasan
Rabu, Disember 09, 2009
Duty free shop n Muzium Labuan
Sambungan drpd entry lepas...
Di Labuan terkenal dgn kedai2 duty free,dr sekecil2 barang spai le ke sebesar kereta/MPV...klu dh di cop duty free mesti lah murah kan???selepas Mashark's family tinjau2 beberapa kedai ni mmg harga murah skit laa dr tempt2 lain...cth nyer gambr2 kat bwh nie...bmacam2 jenis coklat ada..spai xtau nak pilih yg mana...lagipun Walid serahkan bab nie kat Mama sbb Mama lebih ariff...yg paling byk coklat jenama Ferrero n VanH lah... Punya lah byk spai xtau nak cekau yg mana...nampak semuanya sdp2..siap duit je..heheh
Di bawah ni lak gambr2 kat Muzium Labuan..ada macam kat dalam tu,sejarah Labuan..brg2 antik..tokoh2 terkemuka..rumah trdisional..macam2 lah xtertulis kat cnie...bagi pelancong2 lak blh jg dapatkan maklumat tempat yg menarik n blh di lawati d labuan tu..tp Mashark's family xleh lama kat Muzium ni sbb janji ngan feri jam 1tghari...dalam kalut2 tu dan la snap...
Mashark's family dhadapan Muzium LABUAN...
2 b cont.....
Dicatat oleh mashark di 5:18:00 PTG 6 ulasan
Ahad, Disember 06, 2009
KOMPLEKS SUKAN LAUT ANTARABANGSA LABUAN,SABAH
Salamzz....entry nie cerita ttg tmpt yg Mashark's family p masa berkunjung ke Labuan mggu lepas..KOMPLEKS SUKAN LAUT ANTARABANGSA LABUAN...menarik mempesona n tidak menjemukan tmpat ni sbb bnyk spesies hidupan laut blh kita tgk live...free lak tu!!! ada ikan yg cantik2...bateri camera lak dh abisss....abissssssss cita..... aluiiiiiiiiiiiiiiiiii......
Dicatat oleh mashark di 8:38:00 PTG 0 ulasan













