Khamis, Ogos 13, 2009

2 tandan,4 jantung???

Dua tandan pisang, 4 jantung tarik perhatian:
Pokok pisang ditanam warga emas, Jumaat Samid, 63 dan isterinya, Katmi Kasiran di Felda Tenggaroh 01, Mersing menghasilkan dua tandan pisang dengan empat jantung. Pokok pisang nangka yang diambil benihnya dari rumah keluarga isterinya di Parit Raja, Batu Pahat setahun lalu menarik perhatian penduduk setempat untuk melihat pokok pisang aneh itu. Setiap tandan terdapat lima sisir dan setiap sisir mengandungi 10 pisang yang masih muda. Jumaat tidak bercadang jual pisang itu sebaliknya akan dimakan dan disedekah kepada jiran apabila masak kelak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan