Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Selasa, Mac 02, 2010

SATU LAGI SISTEM AMARAN AWAL TSUNAMI DIPASANG.

Boya laut kesan ombak besar diletak dekat Pulau Sipadan

GEORGETOWN: Satu lagi Sistem Amaran Awal Tsunami Kebangsaan (SAATNM) atau boya laut akan dipasang di perairan Semporna berhampiran Pulau Sipadan, Sabah dalam tempoh tiga bulan lagi. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), Datuk Seri Maximus Ongkili, berkata pemasangan boya itu menjadikan jumlah keseluruhan empat buah termasuk di Pulau Rondo, Aceh, Indonesia; perairan Pulau Layang-Layang, Sabah dan Laut Sulu.

Katanya, kos pemasangan boya keempat yang mampu mengesan gelombang ombak berupa tsunami sama seperti sebelumnya iaitu RM1 juta. "Apabila pemasangan selesai dengan persetujuan Majlis Keselamatan Negara (MKN), ia boleh memainkan peranan penting di barisan paling hadapan dalam memberi amaran kepada penduduk sekitar perairan yang mungkin terancam. "Penduduk di bahagian Pantai Timur Sabah lebih mudah terdedah dengan ancaman tsunami yang mungkin boleh meragut nyawa dalam jumlah yang tidak boleh dibayangkan seperti berlaku pada 2004," katanya ketika ditemui selepas merasmikan bangunan baru Jabatan Kimia Malaysia (Kimia) Pulau Pinang di sini, semalam.

0 ulasan: