Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Selasa, Ogos 11, 2009

Murid enggan serah 50 sen ditoreh kemaluan

Teruja dgn tajuk berita yg blh dikatakan menyayat hati jgk ler..kebetulan blaku di AS(alor setar aaa..bukan amerika syarikat),mcm2 yg bmain difikiran...kesal spai begitu skali murid-murid skrg berani bertindak...bimbang jgk,minta simpang la drpd blaku kat sk sendiri...ikuti berita ini...


Rakan buka seluar mangsa, cedera buah zakar dengan pisau lipat

ALOR SETAR: Seorang murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan Iskandar di sini, cedera pada kemaluannya akibat ditoreh dengan pisau lipat oleh rakan sekelas kerana mangsa enggan menyerahkan wang 50 sen yang dimintanya, kelmarin. Kejadian jam 1 tengah hari itu menyebabkan buah zakar Muhammad Amir Amri, 7, luka sepanjang tiga sentimeter. Muhammad Amir berkata, sebelum kejadian itu dia ditumbuk beberapa kali di muka dan kemudian seluarnya ditanggalkan serta buah zakarnya ditoreh oleh rakan sekelas semata-mata kerana mahu mengambil duit syiling 50 sen dari dalam poketnya. Ketika kejadian dia berada di dalam bilik darjah kerana mahu mengambil kotak pensilnya yang tertinggal. "Sebelum itu di kantin sekolah dia meminta wang tetapi saya enggan menyerahkannya dan terus masuk ke bilik darjah ."Dia tidak berpuas hati dan mengikut saya ke bilik darjah sebelum bertindak demikian. "Saya tidak mampu melawan dan hanya mampu menahan sakit ketika darah keluar dengan banyak hingga membasahi seluar saya sementara menunggu bapa mengambil saya pulang dari sekolah," katanya ketika di temui di sini, semalam.

0 ulasan: