Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Jumaat, Ogos 14, 2009

AL-FATIHAH..


Satu lagi kejutan menggegarkan industri hiburan tanahair apabila penyanyi utama kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 11 pagi kelmarin akibat serangan jantung di Pusat Perubatan Pantai, Kuala Lumpur.Arwah dikatakan meninggal dunia selepas jatuh pengsan semasa sidang media di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira 10.30 pagi kelmarin.Orang ramai amat menyanjung budi pekerti Arwah yang sentiasa tersenyum dan tidak pernah menilai seseorang dari luaran. Sememangnya Arwah juga adalah sebab mengapa irama nasyid terus bertahan sehingga kini kerana tidak pernah rasa lelah walaupun satu demi satu kumpulan nasyid terkubur.Semestinya kita akan merasa kehilangannya dan suara merdu Allahyarham Ustaz Asri akan tiada penggantinya. Semoga roh Allahyarham diletakkan bersama-sama umat yang soleh di sisi Nya. Amin...


2 ulasan:

Man Boy.. berkata...

AL FATIHAH utk Allahyarham Us Asri..

jai@jezz berkata...

Al-Fatihah.. moga rohnya dicucuri rahmat.. amin..~